Wednesday, 1 February 2017

TAKLIMAT SERASI

Taklimat SERASI telah berjaya dilaksanakan petang tadi (1.2.2017 Rabu jam 1.30 petang) di Dataran Hj. Abdul Aziz. Taklimat telah disampaikan oleh Cikgu Hakmat bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk SERASI. Taklimat berkenaan dihadiri oleh semua guru dan murid SMK Pulau Gaya. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah pengetua iaitu Datin Hjh. A'zah bt Hj. Ismail.

Antara aspek yang ditekankan dalam taklimat tersebut ialah tentang kerjasama dan penglibatan murid-murid dalam menjayakan program SERASI sekolah. Murid-murid diseru bekerjasama untuk memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan persekitaran sekolah dapat dijaga dengan berhemah. Mereka perlu memastikan bilik darjah dan tandas sentiasa bersih dan ceria. Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti akan diadakan untuk memastikan murid-murid terlibat dalam Program SERASI.






No comments:

Post a Comment