Saturday, 18 February 2017

Penandaarasan 3K MPSM Daerah Bachok, Kelantan

15 FEBRUARI 2017 - SMK PULAU GAYA KOTA KINABALU. Seramai 16 orang pengetua daripada Daerah Bachok Kelantan telah mengadakan penandaarasan di sekolah ini. Lawatan berkonsepkan perkongsian bijak ini bertujuan berkongsi amalan 3K yang dilaksanakan di SMK Pulau Gaya. 

Datin Hjh A'zah Hj. Ismail mengalu-alukan rombongan.

          Dalam ucapan alu-aluan Datin Hjh. A'zah mengucapkan selamat datang dan  penghargaan atas penandaarasan pihak MPSM Daerah Bachok ke sekolah ini. Beliau berharap agar lawatan ini memberi impak terhadap pengurusan dan pentadbiran dalam hal 3K di sekolah masing-masing. Sementara itu, dalam ucapan balas Pengerusi MPSM Daerah Bachok menyatakan rasa teruja dan kagum terhadap keunikan dan keindahan di sekolah ini. Beliau berharap agar dapatan daripada penandaarasan ini sebagai pemakin kepada peserta untuk menjadi amalan di sekolah masing-masing.

          Taklimat berhubung sekolah telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran En. Azlan Hj. Saflie. Turut hadir dalam penandarasan ini ialah Tuan Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua SMK Majakir juga mantan pengetua di SMK Pulau Gaya selaku pegawai perhubungan rombongan lawatan. Di samping kehadiran En. Muhammad Kamel Ariffin, Penolong Kanan HEM, En. Hakmat bin Abdullah, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Pulau Gaya dan En. George David Penyelaras Penandaarasan SMK Pulau Gaya..


Rombongan MPSM Bachok bersama Datin Hjh. A'zah.


Wednesday, 1 February 2017

TAKLIMAT SERASI

Taklimat SERASI telah berjaya dilaksanakan petang tadi (1.2.2017 Rabu jam 1.30 petang) di Dataran Hj. Abdul Aziz. Taklimat telah disampaikan oleh Cikgu Hakmat bin Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk SERASI. Taklimat berkenaan dihadiri oleh semua guru dan murid SMK Pulau Gaya. Turut hadir dalam taklimat tersebut ialah pengetua iaitu Datin Hjh. A'zah bt Hj. Ismail.

Antara aspek yang ditekankan dalam taklimat tersebut ialah tentang kerjasama dan penglibatan murid-murid dalam menjayakan program SERASI sekolah. Murid-murid diseru bekerjasama untuk memastikan kebersihan, keceriaan dan keselamatan persekitaran sekolah dapat dijaga dengan berhemah. Mereka perlu memastikan bilik darjah dan tandas sentiasa bersih dan ceria. Di samping itu, terdapat beberapa aktiviti akan diadakan untuk memastikan murid-murid terlibat dalam Program SERASI.






Friday, 27 January 2017

MESYUARAT PERTAMA SERASI 2017

Mesyuarat dipengerusikan oleh Datin Hjh. A'zah bt Hj. Ismail pada 24.1.2017 bersamaan dengan hari Selasa di Bilik Gerakan SMK Pulau Gaya Kota Kinabalu. Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK Induk dan AJK Kerja SERASI yang telah memulakan usaha ke arah budaya melestarikan alam sekitar seperti taman herba, sumbangan herba dan tayar. Datin Hjh. A'zah berharap Dasar Kelestarian Alam Sekitar : Taman Herba menjadi pemakin untuk merealisasikan Program SERASI sekolah. Beberapa agenda dibincangkan antaranya pembentangan JK Induk dan JK Kerja SERASI dan agihan bidang tugas berdasarkan program yang telah sedia ada. Dalam mesyuarat berkenaan semua jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa penyertaan pertandingan SERASI SMK Pulau Gaya akan terus bertanding ke pusingan kedua kerana sebelum ini SMK Pulau Gaya pernah memenangi Anugerah Harapan SERASI Kategori Inovasi. Sehubungan itu, jawatankuasa perlu berusaha untuk memastikan semua program dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun iaitu 2017-2018 untuk penilaian pada tahun 2018.