Friday, 27 January 2017

MESYUARAT PERTAMA SERASI 2017

Mesyuarat dipengerusikan oleh Datin Hjh. A'zah bt Hj. Ismail pada 24.1.2017 bersamaan dengan hari Selasa di Bilik Gerakan SMK Pulau Gaya Kota Kinabalu. Pengetua mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada AJK Induk dan AJK Kerja SERASI yang telah memulakan usaha ke arah budaya melestarikan alam sekitar seperti taman herba, sumbangan herba dan tayar. Datin Hjh. A'zah berharap Dasar Kelestarian Alam Sekitar : Taman Herba menjadi pemakin untuk merealisasikan Program SERASI sekolah. Beberapa agenda dibincangkan antaranya pembentangan JK Induk dan JK Kerja SERASI dan agihan bidang tugas berdasarkan program yang telah sedia ada. Dalam mesyuarat berkenaan semua jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa penyertaan pertandingan SERASI SMK Pulau Gaya akan terus bertanding ke pusingan kedua kerana sebelum ini SMK Pulau Gaya pernah memenangi Anugerah Harapan SERASI Kategori Inovasi. Sehubungan itu, jawatankuasa perlu berusaha untuk memastikan semua program dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 tahun iaitu 2017-2018 untuk penilaian pada tahun 2018.